Trafik = pengunjung.
Trafik ibarat air sungai yang mengalir.
Apabila ada air, sungai itu hidup.
Apabila ada pengunjung, blog itu hidup.
Saya meneliti blog dan membaca buku Platform.
Ditulis oleh Michael Hyatt. Salah seorang dari 17 Top Online Marketing Influencers (Forbes 2017).
Michael menerangkan 11 teknik tarik trafik ke blog.
1. Tingkatkan Frekuensi Blog
Bayangkan begini. Pergi ke pasar.
Tanya penjual ikan.
"Ini ikan bila?"
"Ini ikan minggu lepas adik. RM2 sekilo. Nak?"
Bagaimana. Mahu beli?
Begitu juga blog.
Apabila ada post baru, peminat blog teruja.
Mereka mahu baca.
Cuma berapa kali patut update blog?
Mengikut Michael, hasil survey yang dilakukan oleh beliau mendapati jumlah optimum konten baru adalah 3x seminggu.
"Hmm, bagaimana mahu buat 3 konten baru seminggu?"
Perasan atau tidak, saya gunakan perkataan konten.
Bukan artikel.
Konten lebih luas maksudnya. Berbanding artikel.
Bagi Michael, dia memilih untuk menghasilkan dua artikel baru.
Ditambah satu podcast.
Ataupun gambar.
Jadi dia ada tiga konten baru seminggu.
Bagi blogger yang sibuk kita boleh pelbagaikan konten di blog.
- 2 artikel + 1 video
- 1 artikel + 1 gambar + 1 kata-kata hikmah
- 1 artikel + 1 audio + 1 video
Gabungan ini tidak ada had limit.
Bergantung kepada kreativiti dan kemampuan kita.
2. Teknik Tarik SEO
Mengikut Alexa, Google adalah website nombor satu dilayari manusia.
Majoriti gunakan Google untuk cari sesuatu.
Ini bermakna Google boleh jadi satu saluran.
Apabila tulis dan kongsi di media sosial, kita akan dapati trafik menaik.
Cuma itu untuk seketika.
Bagaimana mahu dapatkan trafik yang konsisten?
Dua Kaedah Saluran Trafik Ke Website
1. Paid Advertising
Buat iklan tarik trafik. Berkesan. Melibatkan kos.
2. Search Engine Optimization
Website dijumpai di Google apabila pengguna cari. Percuma. Cuma ambil masa.
"Bagaimana mahu lakukan SEO website?"
Mulakan dengan menyemak adakah website mesra Google.
Download Panduan Senarai Semak SEO.
Kemudian tandakan mana yang sudah dilaksanakan.
Proses menempatkan website di Google akan ambil masa berhari-hari. Bukan sehari.
Makin cepat kita bermula, makin cerah harapan.
Terutamanya apabila website bersaing dalam pasaran Malaysia.
Industri SEO di Malaysia masih muda tang tang. (sangat baru)
"Ada lagi cara lain untuk tarik trafik ke website?"
Ada.
Turun ke bawah.
3. Tulis Pada Jumlah Patah Perkataan Optimum
Ada satu kajian yang dijalan oleh Brian Dean dan tim.
Mereka melihat kaitan antara jumlah patah perkataan dan kesannya.
Mereka mendapati, apabila jumlah patah perkataan berada pada lingkungan 1800-2000, artikel begini mendapat perhatian Google.
"1800 patah perkataan? Tulis thesis ke?"
Jumlah patah perkataan beri kesan kepada psikologi manusia.
Apabila tulis pendek, orang kata, "Ini malas tulis".
Apabila tulis terlalu panjang, orang kata, "Weh...membebel ke?".
Blogger dalam dilema.
Mari saya leraikan kekusutan itu.
Berdasarkan graf di atas, kita menemui jawapannya.
Seeloknya jumlah patah perkataan di Google tidak boleh berada antara 500-800 patah perkataan.
Sama ada kurang dari 500 patah perkataan.
Ataupun lebih 1000 patah perkataan.
Apabila berada di dua hujung ini, kemungkinan untuk blog itu disukai semakin tinggi.
Sekaligus berpotensi tinggi menarik lebih trafik ke website.
"Hmm..adakah jumlah patah perkataan berkait rapat dengan jumlah shares?"
Jawapannya ada di bawah.
Teruskan membaca.
4. Aktif di Ruangan Komen
Beza blog hidup dan blog mati.
Blog hidup ada orang komen.
Blog mati tidak ada yang komen.
Komen yang aktif sebenarnya membantu dari sudut SEO.
Apabila blog ada komen, ianya memberikan signal kepada Google bahawa blog itu ada pengunjung.
Apabila blog ada pengunjung, maka blog ini ada sesuatu yang bernilai untuk ditawarkan kepada pembacanya.
"Adakah saya patut gunakan Facebook Comment atau WordPress Comment?"
Facebook Comment bermaksud menggunakan tools yang dibekalkan oleh Facebook.
Paparannya seperti di bawah.
Manakala wordpress comment adalah seperti yang biasa dijumpai di kebanyakkan blog.
Baru-baru ini saya ada berbincang dengan Tuan Eizil dari Denaihati.
Beliau merupakan seorang programmer dan blogger yang sangat berpengalaman.
Kata Tuan Eizil, "Saya lebih cenderung menggunakan wordpress comment. Kerana data komen itu disimpan di website kita".
Sambung Tuan Eizil, "Berbeza pula apabila kita gunakan Facebook Comment. Data itu disimpan di Facebook".
Saya angguk.
Dan sangat bersetuju dengan pendapat Tuan Eizil.
Malah apabila meneliti blog-blog pakar SEO seperti Neil Patel dan Brian Dean, mereka tidak menggunakan Facebook Comment.
Sebelum kita masuk ke taktik seterusnya.
Ada satu lagi perkara.
Komen di website ibarat shares di Facebook.
Tidak mudah untuk pembaca melakukannya.
Jadi bagaimana mahu jadikan pembaca komen blog kita?
Tip 1: Akhiri Artikel Dengan Persoalan
Tip 2: Dapatkan Maklum Balas Dari Pembaca
Tip 3: Buat Pertandingan
Nak tip lagi?
Cuba buat 3 tip ini dulu. Kemudian kita sambung.
Saya nak cerita taktik kelima.
Game changer!
5. Cipta Konten Bernilai
Perasan tak jenis-jenis artikel yang sering dikongsi di media sosial?
Dr Jonah Berger membuat kajian.
Apakah yang menyebabkan pembaca klik butang share.
Dia kategorikan konten viral yang suka dikongsi pembaca tergolong dalam kategori-kategori ini.
- Social Currency
- Triggers
- Emotion
- Public
- Practical
- Story
Saksikan video ini bagi menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Formula STEPPS ini.
Saya berkongsi formula STEPPS ini di program Sepetang Bersama Blogger 2017.
Apabila saya mula menulis dalam framework STEPPS, peningkatan trafik sentiasa berlaku.
Malah kebanyakkan artikel di blog ini akhir-akhir ini semuanya mencecah 100 shares.
Pada saya ini adalah satu pencapaian luar biasa kerana blog ini agak teknikal.
Dan andai blog teknikal begini boleh melakukannya, mengapa anda tidak boleh mengulanginya =)
Baik. Sudah separuh perjalanan.
Apa anda rasa? Banyak mentol menyala?
Bagaimana dengan tip ke 6?
Tip senang cakap, susah buat. Hehe.
6. Konsisten Dalam Menghasilkan Artikel
Frequency equals visibility.
Kekerapan adalah kemunculan. Makin kerap menulis, makin kerap kita muncul di hadapan audien.
Blog yang menghasilkan konten bermutu lebih disukai dan diminati.
Apatah lagi andai blog itu konsisten menghasilkan konten berkualiti.
Three times a week is even better. Five is best - but not if the quality of your content suffers.
"Bagaimana nak konsisten menulis?"
Dalam satu diskusi bersama Dato' Roslan, kami berbincang. Mengapa ada orang boleh menulis konsisten.
Ada orang gagal di tengah jalan.
Dato' Roslan kata, "Mereka tidak ada kegilaan"
Kegilaan adalah keterujaan.
Rasa ingin buat, buat dan buat.
Ibaratnya seperti orang gila bercinta.
Setiap hari mahu saja ketemu permata hati.
Kegilaan ini berkait rapat dengan Big Why.
Kenapa menulis?
Apakah big why anda menulis?
Makin kuat big why itu, makin gila anda dibuatnya.
Seterusnya susun kegilaan itu dalam bentuk kalendar.
Wujudkan kalendar editorial.
Jadual penghasilkan konten.
Kemudian ikuti jadual itu sungguh-sungguh.
Satu tools mudah yang saya gunakan adalah WordPress Dashboard.
Apabila login ke panel wordpress, ada satu paparan.
Catatkan idea draf pada paparan ini.
Kemudian klik Save Draft.
Apabila sudah ada 3-4 idea menulis, pilih yang mana dimulakan dahulu.
Bagi sesetengah blog yang ada ramai penulis, mereka wujudkan jadual.
Setiap penulis tahu bila dan ketikanya mereka perlu hasilkan konten baru.
Gunalah kaedah mana-mana pun.
Kuncinya perlaksanaan. Execution.
7. Letak Website di Mana-Mana
Bagaimanakah audien mengenali website kita?
Facebook?
Instagram?
Podcast?
Google?
Ini semua adalah saluran.
Makin banyak saluran yang ada, makin tinggi peluang untuk dijumpai.
Michael sangat menggalakkan supaya kita meletakkan alamat website di kesemua profil media sosial.
Ini adalah saluran menghebahkan website secara percuma.
Jadi mengapa tidak digunakan.
Satu lagi perkara menarik yang ditekankan oleh Michael Hyatt.
Dalam menentukan saluran, usah terhad pada saluran online sahaja.
Wujudkan alamat website pada saluran offline seperti kad bisnes, fail, banner dan macam-macam lagi.
Selagi mana ada ruang untuk mempamerkan alamat website, pamerkan.
Terutamanya apabila ruang itu tidak melibatkan sebarang kos.
Menuju yang kedua terakhir.
Yang ini sangat penting.
Malah sangat kritikal.
9. Tukar Pembaca Jadi Subscribers
Trafik saja tidak bermakna.
Terutamanya andai blog kita bukan blog berita (news).
Pengguna mungkin datang sekali seminggu.
Ataupun sekali sebulan.
Ataupun tak datang-datang.
"Bagaimana mahu ajak pelawat datang kembali?"
Panggil mereka datang.
Cuma nak panggil macam mana?
Di sinilah datangnya email marketing.
Menggunakan email untuk memasarkan sesuatu.
Apabila mengunjungi blog, kita akan jumpa macam-macam cara untuk dapatkan email dari pengunjung.
Proses ini dikenali sebagai lead generation.
Menukar pelawat kepada subscribers menggunakan borang.
Kebiasaannya pelawat diminta memberikan nama dan email.
Mari tekuni beberapa jenis borang yang biasa digunakan.
1. Popup
Melompat tiba-tiba ketika tengah baca artikel. Opocot.
2. After Post
Ada di bahagian bawah selepas artikel.
3. Welcome Mat
Paparan pertama muncul apabila pelawat masuk website. Apabila skrol ke bawah, mat ini hilang.
4. Sidebar
Borang ini akan berada di sebelah kiri atau sebelah kanan website.
5. Content Upgrade
Berada di dalam konten. Diberikan sebagai bonus atau pelengkap. Apabila tekan 'klik sini' borang akan muncul.
"Hmm..banyak jenis juga. Nak guna yang mana satu?"
Pilih saja mana yang mahu dicuba.
Kemudian lihat keberkesanannya.
Yang paling penting adalah apa yang nak dibuat dengan email yang diperolehi.
Bagi kebanyakkan pengamal email marketing, mereka sudah menyiapkan email-email yang akan dihantar.
Email ini disusun dalam satu siri.
Yang mana dihujungnya pembaca akan diajak untuk melakukan satu tindakan.
Bagi melakukan perkara ini, gunakan email autoresponder.
Seperti Aweber, MailChimp, MailerLite dan macam-macam lagi.
"Kalau guna gmail hantar terus boleh?"
Boleh.
Cuma ada satu masalah.
Apabila email dihantar kepada ramai orang dalam satu masa, kemungkinan besar email kita akan dicop sebagai spam.
Kesannya email itu secara automatik masuk Spam Inbox.
Berbeza apabila menggunakan servis email autoresponder.
Risiko untuk masuk dalam Spam Inbox berkurang.
"Apa yang saya boleh buat sekarang?"
Mesej utama dalam taktik ini adalah dapatkan data.
Tidak mengapa andai tidak tahu cara guna email autoresponder bagai.
Usahakan data pelawat terlebih dahulu.
Supaya mereka dapat dihubungi apabila memerlukan.
10. Blog Walking
Blog walking sama seperti window shopping.
Jalan-jalan ke blog orang.
Beza...
Apabila melakukan blog walking, ramai orang masuk website, baca dan keluar.
Ini rugi. Kerana kedatangan dan kehilangan anda tidak disedari.
Michael Hyatt sarankan kita buat begini.
Tinggalkan komen di blog berkenaan.
Dan tinggalkan komen yang bermakna.
Supaya pemilik blog ingat siapa kita.
Dan pemilik blog itu menjengah website kita.
Satu lagi sebab mengapa taktik ini disyorkan kerana ianya boleh menjadi sumber trafik percuma.
Apabila komen di blog terkenal yang banyak trafik, tinggalkan alamat website.
Pelawat website berkenaan lihat dan tekan link.
Lalu mereka sampai ke website kita.
Di denaihati, Tuan Amir menggunakan plugin CommentLuv bagi menggalakkan pembaca komen.
Plugin ini memberikan hadiah kepada mereka yang komen.
Hadiahnya berupa pembaca boleh letakkan link artikel terbaru mereka di situ.
Hasilnya pembaca sangat galak dan aktif memberikan komen.
Bagi mendapatkan plugin ini, klik Plugins > Add New.
Taip CommentLuv dan klik Install.
Kemudian aktifkan plugin itu.
Sekarang kita sampai ke tip terakhir.
Tip ini mudah dan bersahaja.
Namun hasilnya berbaloi-baloi.
Apa dia?
11. Aktif di Media Sosial
Media sosial adalah sumber trafik percuma.
Apabila sebarkan konten di media sosial, kita berpotensi menarik penguna di sana melawat website kita.
"Saya dah cuba. Tapi tak menjadi juga"
Di sini rahsianya!
Meskipun media sosial adalah sumber trafik, namun perlu ada cara dan teknik yang betul.
Saya mahu tanyakan dua soalan.
"Adakah anda mengikuti mana-mana Guru di Facebook?"
"Adakah anda suka membaca konten Guru berkenaan?"
Nah, sekarang apabila Guru-Guru berkenaan berkongsi artikel mereka di Facebook, anda buat apa?
Ya! Kita akan tekan link itu.
Jadi kunci untuk berjaya di media sosial adalah personal branding.
Mulakan dengan membentuk profil.
Apakah yang akan terbayang di wajah pembaca apabila menyebut nama Tuan dan Cikpuan?
Kemudian post setiap hari tanpa jemu.
Saya syorkan guna Teknik Tulang Ikan.
Teknik ini adalah teknik yang saya gunakan dalam menghasilkan post-post di Facebook.
Proses personal branding ambil masa.
Namun berbaloi-baloi mengamalkannya.
Sambil-sambil itu, kongsikan konten-konten di Facebook group yang relevan.
Elakkan spamming. Ini orang tak suka.
Fokus pada menambah nilai ahli group itu.
Wah! Sudah tiba di penghujung.
Siapa sudah sampai sini angkat tangan.
Kesimpulan
11 teknik tarik dari Michael Hyatt ini saya sudah gabung jalinkan dengan persekitaran di Malaysia.
Dan saya cuba berikan contoh-contoh yang dekat dengan kita.
Supaya senang diamalkan.
Menguasi ilmu trafik adalah kunci utama yang membawa kejayaan kepada website.
Di penghujungnya, saya ingin berkongsi sesuatu.
Saya ada hasilkan satu Ebook Actionable SEO.
Ebook ini bagi membantu Tuan dan Cikpuan untuk menguasai Tip 2 dari Michael Hyatt.
Bagaimana menjadikan website dijumpai pelanggan di Google.
Andai berminat, boleh dapatkan di sini.
Aimi
Satu yang paling sukar dilakukan. Istiqamah. Konsisten
Teknik 1 adalah penekanan pada tabiat ini. Secara peribadi, saya sendiri sukar nak konsisten hasilkan artikel untuk blog saya sendiri.
Berkobar itu nyalaan sekejap sahaja, untuk mengaktifkan nyalaan itu supaya konsisten memang perlu kuat.
Saya ingatkan kena tulis artikel je utk blog tapi teknik 1 mencelikkan saya. Konten bukan artikel semata, video, podcast dan macam2 lagi yang lain.
Kreatif sikit pasti tak tandus idea.
Ok! Nak cambah idea dan asah skil video dan suara radio pula. 3 kali seminggu kini bukan lagi mimpi. Doakan konsisten.
TQ Wan Yusof!
Nasrul
Pada saya teknik yang paling baik untuk jangka masa panjang adalah Teknik 1. Tapi konten haruslah berkualiti dan actionable.
salma othman
Teknik STEPPS tu memang menarik. Saya akan cuba praktikkan nanti. Dan point 6 tu memang betul cuma susah nak konsisten. Kena dapatkan semula mood mengarang panjang2. Tu pentingnya rancang jadual kan. Terima kasih atas perkongsian tips!
mrhanafi
Saya ada 3 kaedah yang digunakan unruk menarik trafik. Sungguhpun demikian trafik yang masuk boleh dikira dengan jari..
1.SEO
95 peratus trafik datang dari enjin carian. Namun saya belum berpuas hati kerana trafik bukan golongan sasar
2.Blog Walking
Itupun dari rakan rakan blogger. Tak la ramai tetapi memadai untuk memberi komen.
3.Media Sosial
Facebook dan group Whatsapp adalah platform yang bagus untuk promosi konten. Saya ada juga menggunanya walaupun bukan secara aggresif
AzrinRos
Boleh dikatakan semua teknik yang disyorkan adalah terbaik.
Saya rindukan 10. Blog Walking. Kalau dahulu mula menulis blog rajin buat blog walking dengan meninggalkan komen.
Zaman tersebut berlumba untuk mendapatkan komen pertama. Blog kelihatan hidup dengan komen-komen yang bertali arus.
Cuma sejak post komersial menyebabkan komen-komen tersebut hilang kerana mengerjakan trafik hingga tertinggal tanggungjawab untuk memberikan nilai dalam post Blog seperti teknik no 5. Cipta Konten Bernilai iaitu memberikan value kepada pembaca. Apa yang berlaku sekarang adalah konten pancing tidak lebih sekadar penyampai berita sahaja.
Moga-moga blog kembali meriah tempat perkongsian ilmu.
khairulanwar
Sangat setuju dengan semua teknik diatas, dan saya tengok rata-rata blog maintain visitor ramai disebabkan dua perkara iaitu artikel yang meletop viral dan juga jumlah artikel yang ditulis banyak,
adam
teknik ke -4, aktif di ruangan komen, tu teknik kegemaran saya, sebab mcm yang tuan kata, bila ada orang komen pada blog tu, tandanya blog itu memang hidup dan ada pengunjung. google pun akan dapat signal yang blog tu ada pengunjung. yang bestnya saya baru dpat tahu kalau kita pakai wordpress comment, data komen tu disimpan di website kita, which is an advantage untuk kita. hehe. bukan itu saja, dari komen tu, kita boleh tau apa ayat2 dan avatar audience kita dengan lebih mendalam. lagi mudah nak buat konten seterusnya atau post baru di fb page yg link dengan blog kita :). terima kasih tuan sebab share ilmu ni .
Fahmi Ishak
Terima kasih tuan, makin banyak mentol yang menyala.
anuar
Info yang sangat bermanfaat untuk blogger.. terutamanya blogger yg menjadikan swo sebagai sumber pendapatan.
Suhazeli
Terima kasih atas perkongsian hebat ini.
Saya mempunyai masalah dengan spam comment yang bnyak dlm website..
Bagaimana cara nak atasi?
Wan Yusof Wan Jeffery
Ada beberapa alternatif Dr Suhazeli.
1) Akismet
Lihat no 5 dalam artikel ini:
https://www.wanyusof.com/teknik-black-hat-seo/
2) Guna Google ReCaptcha
Suhazeli
Akismet tu kena bayar..
Ainon Mohd
Artikel ini memberi actionable knowledge. Sangat berguna.
Sakinah Mohamad Noor
Terima kasih Dr. Wan Yusof atas perkongsian teknik-teknik premium.
Saya paling suka teknik pertama iaitu tingkatkan frekuensi blog.
Contoh yang Tuan bawa sangat jelas.
Update konten berbanding artikel menjadikan tindakan buat, buat dan buat lebih praktikal.
Seterusnya, teknik ketiga ; Tulis pada jumlah patah perkataan optimum.
Baru tahu seeloknya jumlah patah perkataan di Google tidak boleh berada antara 500-800 patah perkataan. Konten bernilai !
Ketiga, saya suka teknik ke-11. Aktif di Media Sosial.
Teknik Tulang Ikan menjanjikan konten terancang kepada audiens.
Ini ilmu premium bagi yang buat. Saya dah buat !
Terima kasih Tuan yang bermanfaat.
Bagi blogger yang sibuk kita boleh pelbagaikan konten di blog.
2 artikel + 1 video
1 artikel + 1 gambar + 1 kata-kata hikmah
1 artikel + 1 audio + 1 video
Padu Bebb
perkongsian yang baik. thanks !
Ashraf
Terima kasih atas ilmu ini tuan. Kesemua teknik saya suka & insyaallah akan diusahakan untuk dibuat. Teknik paling saya suka ialah Teknik 2 Tarik SEO kerana trafik akan datang secara pasif & percuma, buat kerja sekali hasilnya berkali-kali 🙂
Fitri kadir
Bukan bidang aku
Xpernah ada blog/ website
Tapi kalau diberi pilihan
Teknik 1, 2 dan 5
Rasyadan
Saya amat tertarik dengan teknik tarik SEO.
1. Ia adalah long term project. Perlu kesabaran dan kekreativiti.
2. Di Malaysia ia masih baru. Ada harapan org baru utk atasi yang lama
3. Ia byk teknik yg boleh dibuat
Yng penting sabar dan usaha lebih. Saya paling suka bab backlink. Saya pernah hasilkan 1 infografik dan tawarkan kpd website lain (DA tinggi) utk diletakkan di web mereka serta link ke blog saya.
Terima kasih Dr atas perkongsian ilmu ini
JMR
Big Why dan KONSISTEN..dengar senang tapi susah giler kot..hehe
Belang Tarung
yang bab 3 post seminggu tu agak kurang beridea tuan haha…sebelum ramai yang mahir dalam seo masa ni la nak mantapkan perkenalan dengan robot google
p/s: eh penampakan contoh disitu hehe
Lokmanamirul
Apa yang saya boleh simpulkan dri tips yg dikongsikan oleh tuan wanyusof :
1. Blogwalking
Benar sebelum sy brand kan nama website sy lokmanamirul.com…sy rajin2 melihat blog lain dan tinggalkan pesanan yg membina, akhirnya makin hari dan hingga kini xterputus putus ada yg beri komen.
2. Bilangan konten
Sy setuju tentang ini 1000… Sy ada amalkan perkongsian yg menarik.
3. Aktif di media sosial
Sy anggap ini perkara penting klu nk brandkan nama website kita..benar setelah sy aktifkan di FB atau IG…blog sy makin dikenali walaupun bru di branding kan.
Segala info yg dikongsikan di atas sgt bermakna bagi saya…saya boleh improvekan apa yg masih sy tidak lakukan. Tq tuan!
Mohd
Email marketing bagi saya paling penting sebab pelawat akan mudah lupa tambah-tambah bila kali pertama membaca di blog baru. Dengan jadi subscriber, boleh follow up dengan content baru.
Boleh jadi serampang dua mata. Email boleh beri content dan juga jualan.
Tetapi hadiah percuma yang diberi perlu yang benar-benar diperlukan & berkualiti untuk naikkan keinginan pembaca untuk subscribe.
nia khairudin
terima kasih di atas perkongsian ini. sangat berguna untuk orang seperti saya yang masih lagi belajar menambah ilmu.
Laila Raihana
tuan.. saya tidak jumpa teknik ke 8
Wannysya
Info yang sangat bermanfaat untuk semua para blogger dan penulis website
MOHD FAIZAL BIN MOHD NOOR
sangat bermanfaat artikel ini. saya nak tanya? bagaimana nak kembalikan trafik ke blog kita selepas kita menukar domain. tuan ada info tak berkenaan ini? terim kasih.
Pengedar Shaklee
Terima kasih tuan Yusof, Artikel yang sangat membantu para Blogger Baru.
Zuhair Masiran
Pergh, sedar tak sedar baca sampai habis. Memang terpukau tulisan tuan. Terima kasih info2 yang sangat berguna.
Ritz
Saya masih baru dalam dunia blogging. Perkongsian yang sangat berguna. Terima kasih tuan
SITI NURSYAADAH FAHRIZAL
Assalamualaikum terima kasih di atas perkongsian. Untuk berjaya, yang di perlukan adalah istiqamah. Menghasilakan artikel untul menjadi wadah bermanfaat untuk masyarakat. Semoga beroleh manfaat untuk semua.. jazakallah.
LongCham
memang susah klo org yg pemalas nie nk jd blogger yg berjaya kan.. kna byk reseacrh try and error semua.. nak dpt regular visitor pun pyh klo blog asyik sawang jja …
location garde meuble prix
En plus de vous proposer des réponses de stockage en Suisse, Easystock offre une calculatrice intelligente sur internet dans
l’optique de vous proposer la méthode la mieux adaptée
à votre demande. que vous soyez une compagnie ou
un particulier
happysus sait
Formula STEPPS yang paling saya suka. Kita selalu kebuntuan bagaimana orang nak share konten yang kita tulis. Detail dan aspek baru atau kajian baru. Brain Dean ada menyatakan dalam Power Page dimana ia mensasarkan medium tail keyword volume untuk target high volume keyword. Banyak juga formula STEPPS ini digunakan. Walaupun artikel ini artikel lama tetapi masih relevan.
Zaini
Terima kasih Dr.
Saya bersetuju dengan konsistensi untuk tarik pengunjung. Sebagai penulis blog, kita juga pembaca blog. Ada blog yang hari-hari kita layari kerana kegilaan artikel baru.
Pointnya konsistensi dalam memberi konten segar setiap minggu, sekurang-kurangnya.