Di Malaysia, Youtube merupakan website kedua paling dilawati selepas Google.
Secara puratanya, pengguna Youtube melihat 5 video sebelum pergi ke website lain.(Alexa)
Dalam post ini, saya mahu kongsikan 22 channel Youtube yang boleh meningkatkan perniagaan online Tuan.
Ini bukan skim cepat kaya.
Ini juga bukan pelaburan tanpa modal.
Asas perniagaan online masih sama.
Ada modal. Ada untung. Ada rugi.
Baik.
Sekarang kita mulakan.
22 channel youtube pilihan bisnes online.
(p/s: Andai mahu download list ini, ada di ruangan di bawah)
SEARCH ENGINE OPTIMIZATION
Teknik SEO Sempoi
Channel ini berkongsi teknik-teknik SEO. Perkongsian berdasarkan soalan-soalan yang ditanya oleh pelawat di ALAMAT. Merangkumi on page, off page dan teknikal SEO.
Link channel Teknik SEO Sempoi
Backlinko
Ini adalah Guru SEO saya. Channelnya sarat dan padat. Kupasan setiap topik SEO oleh beliau sangat terperinci dan praktikal. Dalam dunia SEO, beliau menjadi tempat rujukan ramai otai-otai SEO profesional.
Moz
Ini adalah Raja SEO dunia. Diasaskan oleh Rand Fishkin. Moz akan berkongsi perkembangan terbaru dunia SEO pada setiap hari Jumaat. Sesi ini dinamakan Whiteboard Friday.
Ignite Visibility
John Lincoln berkongsi tiga perkara dalam channel ini: SEO, Conversion Rate Optimization dan Social Media. John sudah berada dalam industri ini lebih 10 tahun. Perkongsian beliau praktikal dan sangat relevan.
Link channel Ignite Visibility
CONTENT MARKETING
Content Marketing Institute
John Lincoln berkongsi tiga perkara dalam channel ini: SEO, Conversion Rate Optimization dan Social Media. John sudah berada dalam industri ini lebih 10 tahun. Perkongsian beliau praktikal dan sangat relevan.
Link channel Content Marketing Institute
BRANDING
Behind The Brand
Dihoskan oleh Bryan Elliot. Channel ini berkongsi input-input mahal hasil daripada temuramah bersama startup founders, guru bisnes, youtubers dan eksekutif-eksekutif berprofil tinggi.
COPYWRITING
Suffian Salahudin
Dalam channel ini, Tuan Suffian berkongsi ilmu copywriting; kemahiran follow up, closing. Tuan Suffian juga aktif berkongsi ebook di Facebook beliau. Video yang dikongsi beliau sangat bermanfaat.
Link channel Suffian Salahudin
KB Beyond Creative
Di dalam channel ini ada video topik copywriting yang berbaloi menontonnya. Ianya menceritakan asas copywriting dari aspek kenali pelanggan, perkataan berpengaruh dan cara ambil gambar. Penyampaiannya jelas dan menarik.
Link channel KB Beyond Creative
CUSTOMER EXPERIENCE
Jay Baer
Digelar sebagai digital marketer yang menerima retweet paling banyak di dunia. Beliau seorang pakar dalam khidmat pelanggan. Malah beliau sudah mengeluarkan buku khas dalam topik ini dan menjadi New York Times Bestseller.
ANALYTICS
Google Analytics
Bagi yang mahu menguasai Google Analytics, inilah tempat rujukannya. Percuma. Siapakah yang lebih mahir topik ini berbanding Google sendiri. Dalam channel ini, Google akan menyentuh topik asas dan advanced.
DESIGN
Canva
Canva merupakan aplikasi grafik online yang percuma. Ianya senang digunakan dan didatangkan dengan template yang memudahkan. Channel ini menerangkan bagaimana teknik untuk memanfaatkan lagi penggunaan Canva.
FACEBOOK MARKETING
Firdaus Azizi
Di dalam channel ini, Tuan Firdaus Azizi berkongsi video How To dan beberapa ulasan produk. Topiknya segala yang berkaitan dengan Facebook Marketing. Penerangannya senang difahmi dan diikuti.
Miles Beckler
Merupakan selebriti online yang sedang meningkat naik. Miles berkongsi pelbagai macam topik. Yang paling saya gemari adalah topik Facebook Marketing. Ianya menyeluruh dan sangat terperinci.
Sifu FB Ads
Nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan online di Malaysia. Meskipun channel ini ada banyak testimoni, namun ada topik-topik fundamental yang dimuat naik juga. Pilih playlist.
BISNES & MARKETING
Nasihat Niaga
Tuan Faisal Abdullah merupakan nama yang sudah tidak asing lagi. Beliau mengendalikan kursus MBB yang sudah dihadiri ribuan orang. Di sini, beliau dan tim berkongsi teknik dan taktik pemasaran bagi meningkatkan jualan
Derek Halpern
Pengasas Social Triggers. Derek mendedahkan strategi dan taktik pemasaran. Topiknya menyeluruh. Video-videonya jelas dan berkualiti. Channel ini sudah diikuti oleh 66,000 orang youtubers.
Pat Flynn
Apakah topik yang anda ingin kuasai dalam pemasaran internet? Channel ini ada kesemuanya. Pat merupakan otai lama yang masih kekal dalam industri ini. Di dalam channel ini, ada rakaman sesi Pat bersama panelis jemputan, video How To, ulasan buku dan macam-macam lagi.
Link channel Smart Passive Income
Gary Vaynerchuk
Gary adalah contoh orang buat. Apabila dia mahu buat, dia akan buat. Gary merupakan nama tersohor di dunia dalam perniagaan online. Dia menjadi tempat rujukan jenama-jenama besar di dunia bagi kempen pemasaran online.
Neil Patel
Apabila Neil buat sesuatu, dia akan buat sungguh. Channel ini adalah channel baru. Namun videonya sudah ada hampir 30 siri. Dimuat naik setiap hari. Videonya menarik dan pendek-pendek. Di dalamnya ada mutiara berharga. Saksikan sendiri.
Mindvalley Insights
Saya sudah mengikuti Mindvalley selama 3 tahun. Apa yang menarik tentang Mindvalley adalah konten-konten mereka datang dari pakar-pakar yang cukup terkenal. Kita mungkin tidak ada akses kepada mereka. Namun dengan adanya channel ini, kita boleh belajar banyak perkara.
Link channel Mindvalley Insights
Digital Marketer
Ini channel wajib tonton. Digital Marketer akan memuat naik video merangkumi kesemua topik bisnes online. Termasuk rakaman seminar mereka yang bernilai ribuan ringgit. Gabungkan channel ini dengan blog mereka, berbaloi-baloi hasilnya.
Link channel Digital Marketer
Persatuan Usahawan Internet Malaysia
Channel ini dikendalikan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia. Di dalamnya ada rakaman sesi webinar bersama otai-otai perniagaan online di Malaysia. Rakaman webinar episod terdahulu pula boleh didapati di sini channel Tuan Muaz Hadi.
Kesimpulan
Pilih topik bisnes online yang mahu dikuasi.
Jadikan rutin menonton channel itu setiap hari.
Ilmu-ilmu yang mereka kongsikan bukan calang-calang.
Premium. Malah amat premium.
Andai mahu combo, dengarkan podcast bisnes juga.
Seterusnya ambil tindakan.
Buat, buat dan buat.
Hanya orang buat akan dapat.
Tuan ada channel pilihan?
Boleh kongsikan?
Komen di bawah.
Saya akan tambah.
mrhanafi
begitu banyak guru kepada tuan…
saya tiada channel tuan..
yang saya tahu belajar indirect dari satu blog ke blog yang lain
Wan Yusof Wan Jeffery
Saya suka dengar, tonton dan cuba apa yang Guru-Guru ajarkan.
Begini saya akan jimat banyak langgar dinding =)
Hafiz
Banyak channel IM Malaysia.. biasa tengok IM International je, nice 🙂