Website ini seperti rumah.
Rumah yang bersepah, orang blah.
Rumah yang selesa, orang suka.
Mengikut laporan Netcraft, pada tahun 2012 ada 644,275,754 website di seluruh dunia. Sekarang tahun 2017!
Berapakah jumlah website yang ada sekarang?
Jumlah website ini menggambarkan kepelbagaian minat.
Ada website resipi, jualan, pakaian, makanan, media sosial dan macam-macam.
Cuma daripada jumlah ini hanya segelintir website yang berjaya.
Website berjaya adalah website yang ambil kisah tentang pembaca.
Website begini peka dan cakna terhadap keperluan dan kemahuan.
Ada 7 perkara kecil yang pemilik website boleh buat bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pembaca. 7 perkara ini ramai yang tidak perasan. Namun kesannya boleh mengundang bahaya.
1. Saiz Font Yang Sesuai
Saiz font adalah elemen halus yang berbaloi-baloi memperbaikinya.
Kebiasaan website meletakkan saiz font anda 10-12 px.
Saiz ini agak kecil.
Terutamanya apabila yang melihatnya orang yang sudah berusia.
Juga apabila melihat dari paparan smartfon yang kecil.
Saya melawat beberapa blog terkenal. Blog-blog ini sering melakukan uji kaji bagi melihat kesan terhadap pembaca. Antaranya ConversionXL, Kissmetrics, Backlinko, Copyhackers.
Saya lihat saiz font yang digunakan setiap website ini.
Backlinko = 16px
DigitalMarketer = 18px
Kissmetrics = 14px
ConversionXL = 20px
Apabila saya menulis tentang perkara ini di Facebook, Tuan Hasbul Aqill berkongsi dapatan eksperimen beliau.
2. Jenis Font Sans-Serif
Terdapat dua kategori font yang biasa digunakan, Serif dan Sans-Serif.
Serif mempunyai cangkuk dihujungnya. Contoh font jenis serif yang biasa digunakan adalah Times New Roman, Garamond, Baskerville.
Manakala Sans-Serif bersifat rata. Hujungnya tak ada cangkuk. Contoh font jenis sans-serif adalah Bebas Neue, Verdana, Impact.
Ikut dapatan kajian, tulisan jenis sans-serif lebih mesra mata di paparan digital. Senang melihatnya dan senang membacanya.
3. Warna Bertentangan (Kontras)
Apa warna kesukaan Tuan?
Merah?
Kita geng!
Warna membentuk pesona. Warna juga memberikan kesan psikologi.
Nak pilih warna apa. Itu terpulang.
Di website pilih warna mudah. Warna yang bertentangan. Contohnya, apabila warna latar belakang putih, maka warna teks hitam.
Warna yang bertentangan akan membantu mencuri perhatian.
Pembaca senang tertarik pada sesuatu yang terang.
Lihat bagaimana Bryan Dean dari Backlinko menggunakan warna. Putih dan hijau saling bertentangan. Maka dia dapat menarik perhatian pembaca.
4. Kelajuan Website
Pernahkah Tuan kunjungi website yang perlahan?
Klik masuk. Tunggu loading tak habis-habis. Apa yang Tuan buat?
Majoriti keluar begitu saja.
Website perlahan berpunca dari banyak sebab. Kebiasaannya adalah daripada gambar yang berat dan banyak, terlalu banyak plugin dan hosting yang memang perlahan.
Bagi menyemak kelajuan website, gunakan pingdom tool. Masukkan alamat website dan klik start test.
Andai gambar berat dan banyak, tukarkan format gambar kepada jpeg. Format jpeg lebih ringan dan cepat. Kelemahannya adalah pada kualiti gambar.
Bagi plugin yang terlalu banyak, jawapannya mudah. Kurangkan jumlah plugin. Pilih yang betul-betul perlu saja.
Dan bagi yang berdepan dengan hosting perlahan, cara terbaik adalah menghubungi hosting berkenaan. Tanyakan apakah ada cara bagi mengatasi situasi ini.
Kebiasaannya mereka akan menawarkan pakej yang lebih premium. Ataupun meminta kita berpindah hosting syarikat lain (jarang berlaku).
(Nota: Mahukah Tuan mengikuti training Content Marketing secara online? Saya bantu Tuan mencipta strategi pemasaran konten. Ada video, FB group dan webinar bulanan. Klik sini untuk sertai Content Mastery)
5. Post Mengarut
Satu kemahiran penting yang berbaloi dikuasai pengamal Content Marketing adalah berfikir di hujung. Begin with the end in mind.
Setiap kali kita mahu mencipta post, kita sudah jelas tujuan post berkenaan.
Konten itu ada misi tersendiri.
Begini kita tak buat post yang mengarut. Post yang mengarut adalah post yang tidak bawa apa-apa faedah pada website.
Contohnya post mengecam dan mengeluh. Post sebegini bahaya.
Post sebegini menarik mereka yang bukan berminat untuk membeli.
Guru saya, Dato’ Roslan Ab Hamid, sentiasa berpesan,"Elak konten 7M”.
Saya bertanya, “Dato’, apakah konten 7M itu?”
A. Menggurui
B. Mengajar
C. Membebel
D. Meratap
E. Merintih
F. Menjerit
G. Meroyan
6. Konten Tidak Fokus
Biasa kita dengar guru-guru bisnes memberi nasihat, “Jangan jual pada semua orang!”
Nasihat ini benar.
Benar juga dalam Content Marketing.
Jangan tulis pada semua orang. Terutamanya apabila produk kita bukan untuk semua orang.
Konten yang ditulis biarlah disasarkan pada satu audien saja. Seolah-olah bercakap berdepan. 1-on-1.
Apabila kita berlatih menulis konten berfokus, secara automatik kita akan menggunakan lenggok bahasa orang itu.
Namun apabila kita menulis untuk seluruh rakyat Malaysia, konten kita akan bercampur baur. Sekejap untuk suri rumah, sekejap untuk pekerja kerajaan dan macam-macam.
7. Tidak Ada Tindakan
Saya suka membaca sirah. Sejarah Nabi (baca selawat).
Konten Nabi cukup unik.
Konten Nabi berupaya menjadikan sahabat terus bertindak.
Konten Nabi ada actionable knowledge.
Apabila konten yang ditulis membolehkan pembaca buat tindakan, konten itu kekal dalam ingatan. Pembaca suka. Mereka mahu datang lagi untuk baca.
Tuan Hasbul Ariff’, salah seorang pengasas majalahniaga.com, pernah ditanya, “Apakah yang Tuan mahu sampaikan menerusi Majalah Niaga?”.
Tuan Hasbul Ariff’ menjawab, “Saya mahu apabila orang baca mana-mana artikel di Majalah Niaga, mereka dapat satu teknik atau ilmu untuk dibawa pulang”.
Tindakan Sekarang
Perkara-perkara kecil ini mungkin ada yang tidak perasan kesannya. Namun apabila diperbaiki, kita akan nampak hasilnya.
Sebelum saya tamatkan artikel, mari kita ulang tulis tindakan yang boleh dilakukan.
Saiz Font - Lakukan eksperimen. Besarkan saiz. Lihat bounce rate dan maklum balas.
Jenis Font - Pilih jenis Sans-Serif bagi teks konten.
Warna - Tentukan warna tema. Konsisten guna warna itu sepanjang website. Termasuk pada poster.
Kelajuan - Lihat jenis gambar yang ada. Andai dalam format png, tukar kepada jpeg. Kurangkan jumlah plugin yang tidak perlu.
Post - Tentukan hasil akhir. Tulis konten yang berkaitan dengan hasil akhir.
Fokus - Tulis konten untuk audien yang betul.
Tindakan - Apakah tindakan yang boleh dilakukan pembaca apabila selesai baca artikel kita?
Artikel ini adalah contoh bagaimana pembaca boleh melakukan tindakan. Saya senaraikan terus apa yang perlu dilakukan.
Andai Tuan berminat bagi mendalami ilmu Content Mastery, saya ingin mengajak Tuan menyertai Content Mastery. Ini kursus online intensif bagi mendedah dan menerangkan strategi dan taktik memasarkan konten.
Noraini Sidek
As salam
Saya ingin belajar membuat website biz yang saya buat sekarang, tapi saya belum tahu utk membuatnya..
contoh website yg saya inginkan ialah …utk daftar menjadi ahli mereka hanya perlu klik website saya saja dan isi borang website tersebut….pendaftaran adala PERCUMA
mcmana nk buat ye?
Wan Yusof Wan Jeffery
Cikpuan boleh cuba search membership website. Ada banyak. Antaranya:
1/ kajabi
2/ optimizepress
3/ smartmember
Terbaek Network
terbaik perkongsian tuan, isi yg padah dan bermanfaat
mrhanafi
Sangat menarik.. Fon kecil tak seronok baca..
Fon besar sangat macam lawak pun ada
Masterjie
Kena buat on-site check ni. Checklist sebelum publish artikel pun kena ada juga. Baru tak miss 7 perkara penting macam yang tuan sebutkan. Tips ini amat bermakna bagi seorang beginner macam saya. Bookmarked!. Terima kasih.