“Kau sudah cuba restoran A?”
“Sedap ke?”
“Sedap sungguh. Kuew Teow tomyam dia memang..slurpp..tip top”.
Perbualan dua orang kawan. Seorang cerita. Seorang mendengar. Kawan pertama memberitahu sedapnya rasa masakan di sebuah restoran. Datang bersama kesan bunyi lagi “slurpp”.
Kawan yang mendengar terus teruja. Mahu ikut cuba. Kehebatan buah mulut. Word of mouth.
Dalam dunia SEO, word of mouth disebut sebagai link.
Dalam dunia SEO, word of mouth disebut sebagai link.
Link menyambungkan satu website dengan website yang lain. Link memberitahu kehebatan sesuatu website. Pada setiap link, ada nilai tersendiri. Nilai ini diambil kira Google dalam menentukan kedudukan di halaman pertama.
JENIS LINK & KEPENTINGANNYA
Link ada banyak jenis. Kita akan menekuni 7 jenis link. Apabila faham fungsi link, kita jelas tujuan dan kaedah.
“Nak tanya boleh?”
“Silakan”
“Ada orang beri tawaran pada saya. Bayar RM100 dan dia akan buat backlink ke banyak website power”
Backlink?(External link) Apa itu. Teruskan membaca. Kita tekuni satu persatu. (p/s: Sambungan cerita di atas di poin nombor 4.)
1. Link Juice
Apabila satu website berikan link ke website lain, maka website itu memberikan link juice. Kita anggap link juice macam kredit. Makin banyak kredit yang diterima oleh sesebuah website, makin meningkat tahap website itu. Terutamanya apabila kredit diberikan oleh website terkenal dalam niche kita.
Link juice hanya ada nilai apabila datang link itu bersifat do-follow. Bukan no-follow.
2. Do-Follow Link
Ini adalah link yang membawa bersama kredit. Contoh do-follow link adalah link dalam artikel. Sebagai contoh, apabila bercakap tentang SEO, saya minta pembaca lawat Teknik SEO Sempoi.
Tuan boleh klik pada link Teknik SEO Sempoi. Perbuatan ini telah memberikan satu link juice kepada website Teknik SEO Sempoi.
3. No-Follow Link
Link ini lawan kepada do-follow link. Ianya tidak membawa kredit bersama. Jadi link dari kategori ini tidak memberikan kesan kepada kedudukan website secara lansung. Namun link dari kategori ini boleh meningkatkan trafik ke website kita.
Contoh No-Follow link adalah link dari media sosial, ruangan komen di website.
4. Low Quality Link
Sambungan cerita di atas. Ada servis yang berikan perkhidmatan mencipta link. Penyedia servis ini akan mencipta link ke website kita. Link website kita diletakkan di banyak website. Seolah-olah mahu menunjukkan ramainya orang bercakap tentang website kita.
Perbuatan begini beri kesan kepada kedudukan website andai link itu bersifat do-follow link dan mempunyai kualiti yang tinggi.
Malangnya kebanyakkan link jatuh dalam kategori low quality link. Apabila jatuh dalam kategori ini, website kita berkemungkinan besar dicop spam.
Apabila website mendapat banyak LOW QUALITY LINKS, ini petanda bahaya.
Contoh low quality links adalah link website kita diletakkan di website lucah dan website spam.
5. Internal Link
Apabila satu post dalam satu blog memberikan link kepada post yang lain dalam blog sama, ini disebut sebagai internal link. Tuan boleh baca dengan terperinci strategi internal link di artikel Strategi Internal Linking dan External Linking.
Perbuatan saya pada ayat sebelum ayat ini adalah contoh aplikasi internal link. Saya menghubungkan satu post dengan post yang lain dalam blog yang sama.
Internal link termasuk dalam kategori do-follow. Ianya memberikan kredit kepada blog post yang menerima. Cuma kualiti link ini tidak terlalu tinggi memandangkan pemilik website boleh menentukan link mana yang mahu dicipta.
6. External Link
Ini adalah link yang datang dari website lain. Link ini sangat bernilai terutamanya apabila datang dari website yang berkualiti. Ianya membawa link juice yang tinggi. Sebab itulah wujudnya servis membina external link.
Ada yang menyebut external link sebagai backlink. Tak ada salah. Cuma penggunaan external link lebih tepat dan sesuai.
External link wujud apabila pembaca berpuas hati dan suka dengan konten kita. Mereka secara sukarela terdorong meletakkan link ke website kita.
7. Anchor Text
Sering dijumpai di mana-mana. Ini adalah hyperlink. Link yang boleh diklik. Contohnya, saya beritahu tuan untuk klik di sini.
“Klik di sini” adalah hyperlink dalam bentuk anchor text.
Amalan terbaik anchor text adalah dengan menggunakan kata kunci.
Letakkan kata kunci pada anchor text.
Bukannya perkatan umum seperti “klik di sini”, “click for more”, “click here”.
Sepanjang artikel ini, saya mempraktikkan anchor text dalam bentuk kata kunci. Lihat perkataan yang boleh diklik dalam artikel ini. Kesemuanya menggunakan kata kunci.
TINDAKAN YANG DIPERLUKAN
Ini tip pertama. Rancang link. Strategi merancang link adalah kemahiran kritikal bagi pengamal SEO. Kemahiran ini akan meletakkan seseorang pengamal SEO berada di tahap yang berbeza. Perancangan link bermula dengan SEO Mapping. Satu strategi SEO paling penting 2017.
Seterusnya. Tip kedua. Jadi konsisten dalam memberikan konten bernilai. Begini kita tak perlu susah payah mahu buat external link dari luar. Sebaliknya pembaca yang akan mencipta link untuk kita. Mereka berterusan mendorong orang masuk ke website kita.
Tip ketiga. Sertai website berautoriti. Website berautoriti memiliki link juice tersendiri.
Caranya daftar dan cipta akaun di situ. Seterusnya letakkan link ke website Tuan. Link ini bersifat no-follow. Cuma ianya boleh memberikan trafik dan kesedaran secara percuma. Antara website berautoriti adalah Google Plus, Slideshare, Linkedin, Youtube, Pinterest.
(nota tambahan: link dari Google Plus adalah do-follow)
RAHSIA SETERUSNYA
Kemahiran membina link bertambah baik apabila kita memahami SEO Mapping.
SEO Mapping merupakan satu proses susun atur website. Apabila website tersusun, bukan saja audien mudah memahaminya. Malah Google sangat suka website kita.
Artikel Strategi SEO 2017 ini berbaloi-baloi dibaca. Artikel ini muncul sebagai top 5 the most read article di blog ini dalam masa hanya seminggu.
sabree hussin
Terima kasih untuk perkongsian. Saya ni selalu juga konfius dengan do follow dan no follow tu kadang-kadang. Tentang servis backlinking tu, memang ada banyak laman web yang tawarkan servis tersebut.
Ada juga yang percuma. Tapi tu la… kalau setakat link dengan web yang tak ada kualiti, bimbang juga ia beri efek pada blog atau laman web kita
Adzril
Buat pertama kalinya saya paham dengan jelas maksud do-follow dan no-follow. Thanks.
ina azlina
Ilmu yang bermanfaat dalam dunia Seo. Terima kasih.
Fahmi Ishak
Sekarang baru faham apa maksud do-follow dan no-follow. Terima kasih tuan atas artikel yang bermanfaat ini
mrhanafi
semakin banyak saya membaca konten dalam blog ini maka semakin faham permainan seo …
Elih Japahar
Banyak lagi yang sy perlu belajar..tq sharing ya
Panduan Terkini Malaysia
Memang betul apa yang Tuan Yusof terangkan dalam artikel ini. Backlink masih lagi memainkan peranan penting dalam menentukan ranking sesuatu laman blog. Tapi di tahun 2018 segala nya mula berubah. ..
Bagaimana backlink dikira oleh google juga mula berubah. Alhamdulillah setelah saya bersama dengan SEOVERSITI saya mula faham benar apa yang google dan search engine lain mahukan dalam mengekalkan tempat blog anda di enjin carian.
DE SOPHEA
Tq sharing ni tuan, mmg terbaik. Boleh belajar banyak benda
Bigpage
Thanks for your sharing, this is really useful for me! Still trying hard to learn more knowledge about SEO, terima kasih !!!
Faiq
Thanks for sharing untuk newbies macam saya.
Coway Malaysia
terbaik penjelasan tuan, banyak saya belajar sisini
Pendik Pradanang
Assalamu’alaikum salam, tolong bantu website saya SEO http://www.supranaturalnusantara.com
ina azlina
Ilmu yang bermanfaat dalam dunia Seo. Terima kasih.
thekid90
Great article!