Content Marketing Institute buat kajian.
Dapatan kajian mengatakan 91% syarikat buat Content Marketing.
Hanya 9% yang memilih haluan berbeza.
Daripada jumlah ini hanya 25% yang berjaya.
Ini bermakna hampir 80% gagal dalam permainan ini!
Apabila kita memerhati, ramai orang terperangkap dalam fantasi Content Marketing.
Ramai yang sangka Content Marketing itu proses tulis artikel.
Kemudian letak di Facebook.
Harapannya jadi viral.
Ini dipanggil Sindrom "Write and Wish".
Realitinya bukan begitu!
Dalam 10 konten yang ditulis, mungkin hanya satu yang menjadi.
Ini pun sudah cukup hebat.
Saya meneliti konten-konten yang suka dikongsi di media sosial.
Cuba kenal pasti apakah yang menyebabkan konten ini melekat.
Hasilnya, saya dapati teknik tulisan melekat ini ada beberapa ciri.
Diringkaskan dalam akronim DIMES.
D = _________________
I = _________________
M = _________________
E = _________________
S = _________________
DIDIK
Konten yang mendidik disukai ramai orang.
Konten yang mengajar dibenci ramai orang.
Mendidik ini seni halus.
Menegur tanpa terasa. Biasanya guna cerita.
Lihat contoh konten ini.
Puan Guru Ainon mendidik audien supaya bersiap siaga.
Puan Guru tak menyuruh audien.
Beza antara suruhan dan didikan adalah suruhan ada ayat perintah.
Ayat didikan lebih kepada saranan dan cadangan.
Contoh Ayat Arahan
Pada masa ini komuniti bisnes sudah semakin banyak bercakap tentang kemungkinan keadaan ekonomi yang sakit ini akan semakin sakit.
Kos hidup naik. Pendapatan tidak naik. Pengangguran naik. Permintaan turun.
Kita MESTI memikirkan rancangan keselamatan untuk bisnes kita.
Elakkan konten yang mengajar. Konten mengajar juga ada ayat perintah.
Konten sebegini seolah-olah mencabar ego audien.
Kesannya audien tak suka.
Pun begitu ada pengecualian.
Andainya Tuan sudah berada di posisi Guru.
Yakni dikenali sebagai seorang yang berautoriti memberi nasihat, konten jenis memerintah dapat diterima audien.
Malah mereka suka dan rajin menekan butang share.
INFORMASI & INSPIRASI
Kita hidup zaman informasi. Ada lambakan informasi.
Hanya Google, terus keluar.
Pun begitu, rata-rata manusia sedikit kurang rajin.
Mereka suka diberitahu.
Mereka taknak ambil tahu.
Jadi apabila kita berikan informasi, mereka suka.
Informasi ada tiga jenis.
- Informasi Sedia Ada
- Informasi Baru
- Informasi Sedia Ada Yang Diberi Perspektif Baru
Mari kita tengok contoh bagi setiap jenis informasi ini.
Informasi Baru
Informasi sedia ada bermaksud informasi yang sudah diketahui.
Maklumat itu pernah didengari dan diberitahu.
Apabila maklumat sebegini diulang tayang, audien akan melihat kepada siapa yang bercakap.
Dua orang boleh memberikan maklumat yang sama.
Namun respon audien akan jadi berbeza.
Bergantung kepada tahap kredibiliti pemberi maklumat.
Apabila seseorang itu ada kredibiliti, maklumat yang diberitahu diterima sebagai nasihat dan cadangan.
Manakala apabila tidak ada kredibiliti, maklumat itu tidak dipedulikan.
Bahkan berisiko tinggi untuk dilabel pencetak rompak.
Informasi yang dikongsi Puan Ainon juga pernah dipernah kongsi oleh orang lain. Namun jumlah shares mereka tidak setinggi jumlah shares Puan Ainon.
Mengapa?
Kerana Puan Ainon mempunyai kredibiliti.
Puan Ainon diketahui sebagai seorang Guru Bisnes.
Jadi cakap beliau diambil berat.
Informasi Baru
Informasi baru tidak semestinya merujuk kepada penemuan baru.
Informasi baru ini bergantung kepada audien yang mendengarnya.
Apabila audien pertama kali mendengar informasi itu, mereka akan anggap informasi itu maklumat baru.
Walaupun sebenarnya informasi itu maklumat lama.
Dalam post ini saya berkongsi informasi baru kepada audien saya.
Mereka suka. Hasilnya mereka komen, tag dan share rakan-rakan yang lain.
Adakah informasi ini informasi terbaru?
Tidak. Informasi ini bukanlah yang paling terkini.
Cuma ianya dikira terbaru pada kaca mata audien saya.
Informasi Lama + Perspektif Baru
Ustaz Ahmad Saifuddin berkongsi tentang sirah Nabi Muhammad (baca selawat).
Dalam post ini Ustaz Ahmad Saifuddin menerangkan tentang khidmat pelanggan.
Topik ini bukan topik baharu.
Namun Ustaz Ahmad Saifuddin memberikan perspektif baharu.
Khidmat pelanggan dari kaca mata sirah.
Hasilnya mereka yang membaca akan teruja dan semakin berminat.
"Bagaimana pula dengan konten inspirasi?"
Konten ini luar biasa penangannya.
Konten inspirasi termasuk dalam kategori High Arousal Positive Emotion (VL Score).
Konten sebegini sangat mudah menjadi viral.
Audien yang membaca ada nyaman rasa, nyala jiwa.
Audien yang membaca ada nyama rasa, nyala jiwa.
Mari kita tekuni beberapa contoh konten inspirasi.
Lihat jumlah shares dan like yang diperolehi.
Selain daripada bentuk penulisan, konten inspirasi boleh disampaikan menerusi video.
Video ini sudah ditonton sebanyak 23,000 kali.
Dan akan terus ditonton berulang kali.
Konten yang Prof Dr Muhaya kongsikan menimbulkan nyaman rasa dan nyala jiwa audien yang menontonnya.
MUSTAHAK
Manusia ada satu sifat.
Manusia hanya kisah perkara yang berkaitan dengan diri sendiri.
Dan kurang peduli apa yang berlaku pada orang lain.
(p/s: bukan semua begini - maafkan saya andai terpukul rata)
Sama juga dalam penulisan konten.
Tulis konten yang mustahak (penting) kepada audien.
Begini barulah audien baca konten kita.
Andai konten kita tak mustahak pada mereka, audien biarkan begitu sahaja.
"Bagaimana mahu tahu konten itu mustahak kepada audien?"
Tanya.
Lihat post ini. Saya bertanyakan kepada audien.
Apabila respon yang diberikan positif, maka saya tahu konten itu relevan dengan audien saya.
Atau lebih mudah lagi: konten ini mustahak bagi audien saya.
Apabila kita menyiarkan konten mustahak, hampir pasti konten itu akan dikongsi tanpa henti.
Dari sudut SEO, bahkan konten mustahak berupaya meraih backlink bernilai dari influencer. Jadi konten ini berbaloi menguasainya.
EVERGREEN
Konten jenis evergreen adalah konten segar.
Konten begini tak cepat luput.
Tips-tips yang termasuk dalam kategori ini akan berterusan dikongsi.
Tanpa jemu-jemu.
Konten evergreen senang ditemui.
Lihat post dari MajalahNiaga.
Tip bisnes ini sudah dikongsi 9,500 orang di Facebook.
Dan menerima komen sejumlah 339.
Dan sebenarnya printscreen ini adalah pada tahun lepas.
Tahun ini sudah berapa jumlah shares?
Cari sendiri. Hehe.
"Erm..macam mana nak cipta konten evergreen?"
Pertamanya, senaraikan rutin harian audien.
Kedua senaraikan apakah cabaran dan masalah yang akan dihadapi.
Dari situ kita akan dapat idea apakah konten evergreen yang sesuai.
Saya berikan contoh.
Mereka yang mahu bina website.
Mereka akan berdepan dengan isu domain dan hosting.
Jadi apabila saya menulis panduan berkaitan domain dan hosting, panduan ini akan termasuk dalam kategori evergreen. Selagi mana tidak ada perubahan besar berlaku.
Satu lagi contoh. Mahu beli kereta.
Apakah isu dan cabaran yang akan dihadapi dalam membeli kereta baru?
Senaraikan dan daripada situ kita akan nampak apakah isu yang seringkali ditanya.
SUSUN
Elemen terakhir adalah susun.
Tertib.
Apabila sesuatu konten disusun dengan baik, audien senang membacanya.
Ibarat seperti filem, ada pembukaan, klimaks dan penutup.
Andai klimaks di depan, cerita bosan.
Konten yang tersusun ibarat hidangan yang diatur cantik.
Nampak menyelerakan dan mengundang.
Audien ada rasa semacam dibuai di alam kayangan.
"Bagaimana menyusun konten?"
Cara yang paling mudah adalah guna Teknik Tulang Ikan.
Teknik ini adalah teknik yang saya gunakan di Facebook.
Di dalam Teknik Tulang Ikan, kita sudah menetapkan apakah konten yang akan disiarkan setiap hari.
Tujuan konten disusun adalah bagi mencapai sesuatu.
Iaitu 'kepala ikan'.
Ini adalah contoh bagaimana salah seorang pelajar saya mengaplikasikan Teknik Tulang Ikan.
Pantang Larang Dalam Menulis Konten
Apabila kita mahu cipta konten, lakukan semakan.
Lihat adakah konten kita termasuk dalam salah satu kategori ini.
Andai berada di dalam kategori ini, ada perubahan yang perlu dilakukan.
Elakkan konten 7M.
Konten 7M ini konten membunuh.
Konten sebegini buat audien berkualiti lari.
Akibatnya persekitaran kita dikelilingi lalang.
Konten 7M ini adalah:
LARANGAN KONTEN 7M
- Menggurui
- Mengajar
- Merintih
- Meratap
- Merayu
- Menjerit
- Meroyan
Kesimpulan
Menulis konten ini satu seni buat.
Hanya orang yang buat akan menuai hasil.
Ibarat main bola.
Andai menang piala, pemain bola dapat imbuhan.
Penonton dapat keseronokan sahaja.
Amalkan DIMES dalam penulisan.
D = DIDIK
I = INFORMASI & INSPIRASI
M = MUSTAHAK
E = EVERGREEN
S = SUSUN
Begini konten kita mesra pengguna dan senang dibaca.
Jauhi konten 7M. Ini kategori konten merbahaya.
Salah masuk jatuh terduduk.
Andai Tuan mahukan teknik penulisan berkesan, Tuan boleh ikuti sesi coaching ekslusif bersama saya.
Ada Facebook Group.
Dalamnya ada nota dan sesi FB Live.
Kita jumpa di dunia maya dan berkongsi ilmu premium Content Marketing.
mrhanafi
sangat logik dan boleh pula diterima akal..
terima kasih tuan
azrinros
Boleh diterapkan formula DIMES didalam penulisan akan datang.
mrhanafi
saya suka artikel ini..
baca berkali-kali sebagai cara ulangan dan latihan dalam fikiran..
dah faham sedang nak apply dalam penulisan..
Wan Yusof Wan Jeffery
Terima kasih Tuan Hanafi =)
mrhanafi
saya baca artikel ini entah keberapa kali..
saya suka kerana saya nak mendalami penulisan yang melekat..
perlu belajar untuk mencipta kejayaan..
Mohd
Terima kasih tuan. Info berguna terutamanya dalam mengelak terjadi 7M sebab dalam penulisan, sangat subjektif untuk kita ketahui sesebuah artikel ada unsur 7M ini.
Cadangan yag bagus untuk menyemak artikel dan membaca dari perspestif seorang pembaca.
Mungkin survey pengalaman membaca (Quality Experience) boleh membantu kita mengetahui sejauh mana pembaca menyukai penulisan kita.
Sekadar pandangan.
mrhanafi
saya juga berusaha untuk memastikan penulisan saya disukai orang…
RIKA OKTAVIA ASNAM RAJO INTAN
Sangat berinformasi, tq tuan. Perlu banyak latihan. Lepas ni boleh amalkan step DIMES dalam penulisan.
Olaoli
tq tuan tentang info tu. Perlu dielakkan adalah 7M..kengkadang saya meroyan jugak sesekali hehe
Wan Yusof Wan Jeffery
Andai nak meroyan di FB, set ME Only. Hehe.
Azwan
Post ini sahaja dah boleh buat e-book dah. Banyak maklumat yang praktikal dan straight to the point.
Wan Yusof Wan Jeffery
Hehe. Terima kasih Tuan Azwan. Yup menjadi misi saya untuk hasilkan artikel straight to the point + highly practical =)