Soalan: Apakah Bisnes Online Tools yang Tuan gunakan?
Saya seringkali ditanya soalan begini.
Sekarang saya dedahkan kesemuanya.
Tools ibarat senjata.
Tools yang betul hasilnya berbaloi-baloi.
Salah pilih tools, kesannya pula adalah sebaliknya.
Sepanjang berkecimpung dalam Internet Marketing,
saya telah cuba bermacam-macam bisnes online tools untuk blogging.
Ada yang mengarut.
Ada yang berbaloi.
Dalam ruangan ini saya kongsikan senarai bisnes online tools yang berbaloi digunakan.
Terutamanya dari sudut SEO.
Tools ini saya sudah update untuk tahun 2022.
Ada tools yang sudah tidak digunakan.
SMS
SMS blast adalah senjata rahsia yang tak ramai orang guna.
Tapi kesannya sangat hebat.
SMS akan melibatkan kos per SMS.
Berbeza dengan whatsapp blast.
Saya akan gunakan SMS Blast apabila ada product launch.
Efektif dan berbaloi digunakan.
HOSTING
Ini adalah web-hosting pilihan. Server-nya boleh tahan laju.
Ada pakej khas untuk pengguna wordpress.
Kelebihan ServerFreak adalah sistem sokongannya yang sangat pantas.
Hantarlah pertanyaan jam berapa pun, pasti ada yang akan jawab.
WEBSITE
Wordpress
WordPress merupakan satu platform.
Ada wordpress.com dan wordpress.org.
Saya cadangkan wordpress versi self-hosted (wordpress.org).
Apabila anda mendapatkan pakej dari ServerFreak atau IpserverOne,
proses installation boleh dilakukan dengan hanya satu klik sahaja.
THEME
Thrive Themes
Dulu saya ingat theme = baju website (imej sahaja).
Sebenarnya lebih daripada itu. Theme yang bagus berikan impak luar biasa.
Theme yang bagus beri kesan terhadap pengalaman pengguna.
Sepanjang mengguna pakai theme, Thrive Themes adalah yang terbaik.
Terutamanya bagi beginner dan intermediate user (macam saya).
Thrive Themes menawarkan pakej all in one. Semua ada.
Dan ianya sentiasa ditambah baik setiap masa. Berbaloi-baloi
PLUGINS
Perfmatters
Selepas saya menggunakan plugin ini,
kelajuan website meningkat 20% daripada biasa.
Plugin ini sekarang menjadi pilihan utama saya
dan untuk klien-klien saya.
Thrive Content Builder
Page ini dibina menggunakan Thrive Content Builder.
Ianya sangat fleksibel dan mudah digunakan. Drag and drop.
TCB didatangkan bersama dengan Thrive Themes.
Sejak menggunakan TCB, saya terus jatuh hati sehingga ke hari ini.
Appsumo
Ini merupakan tempat untuk shopping tools extra
pada harga yang berbaloi.
Kesemua tawaran di Appsumo adalah berbentuk lifetime.
Jadi anda akan jimat banyak.
Cuma pastikan pilih tools yang betul-betul sesuai untuk keperluan anda.
EMAIL SERVICES
Mail Niaga
Mail Niaga merupakan email provider dari Aplikasi Niaga.
Setakat ini tools ini merupakan tools yang paling jimat.
Kalau anda baru nak bermula dan nak blast pada
database email yang banyak pada harga yang jimat,
ini adalah pilihan terbaik.
IMAGE EDITING
Adobe Photoshop
Ini adalah editing tools yang saya gunakan dari dulu lagi.
Bezanya sekarang langgan Adobe Creative Cloud.
Kelebihan Adobe Cloud, kosnya murah dan ada template menarik.
Get Stencil
Apabila mahu cepat, saya gunakan GetStencil.
GetStencil adalah koleksi-koleksi template grafik yang boleh tahan kualitinya.
Ianya telah digunakan 750,000 pengguna.
Kelebihan utama GetStencil: mudah, website pantas dan senang digunakan.
Premium Stock Photos
Ada banyak stock photos di dunia online.
Saya pilih Stock Unlimited kerana harganya yang murah.
Dan kualitinya boleh tahan.
Andai anda mahu dapatkan SU, cuba search gambar yang mahu dicari dahulu.
Lihat kualiti dan jumlah carian. Puas hati, baru subscribe.
FREE Stock Photos
Ada 11 website utama yang menjadi pilihan.
Saya tulis satu post khas berkaitan ini.
Boleh baca di sini.
SEO
Keyword Finder by Mangools
Bagi tujuan kata kunci, saya gunakan tools ini.
Ianya lebih mudah digunakan berbanding Google Keyword Planner.
Dan datanya lebih presentable dan lengkap.
Selain daripada cadangan kata kunci, tools ini ada menunjukkan persaingan dan kata kunci LSI.
Harganya agak berpatutan dan mampu milik berbanding tools yang lain.
Yoast SEO
Yoast merupakan plugin SEO yang paling banyak digunakan.
Ianya meliputi page SEO dan teknikal SEO.
Ada dua pakej: premium dan percuma. Pakej percuma sudah memadai.
Plugin ini lebih terperinci berbanding All in One SEO.
Saya cadangkan anda miliki ebook ini bagi membantu setting Yoast.
All in One SEO
Plugin ini senang digunakan. Bagi yang baru bermula dalam SEO, ini plugin pilihan.
Kelebihan plugin ini adalah ianya sudah merangkumi kesemua fungsi Google.
Boleh disambungkan dengan Google Analytics, Webmaster dalam satu plugin saja.
Saya masih gunakan plugin ini dibeberapa website.
Bagi setting All in One SEO, dapatkan ebook ini sebagai panduan.
Google Analytics
Satu servis dari Google secara percuma.
Berfungsi merekod segala aktiviti yang berlaku di website.
Ibarat CCTV versi digital.
Data yang diperoleh boleh digunakan untuk menambah baik website.
Cara-cara mengaktifkan Google Analytics ada banyak. Juga boleh didapati di ebook ini.
Google Search Console
Juga dari Google. Ini pula ibarat messenger antara website kita dengan Google.
Apabila ada sebarang isu, Google beritahu guna saluran ini.
Tools ini juga digunakan untuk beritahu Google update terbaru website.
Dalam ebook Actionable SEO, saya tunjukkan langkah demi langkah bagaimana beritahu Google.
Selain itu, tools ini digunakan untuk melihat carian yang sering dilakukan oleh pengguna di website kita.