Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah Tommy Griffith ini. Beliau merupakan SEO Guru yang cukup dikenali dalam industri ini. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Pengurus SEO untuk Paypal dan sekarang beliau adalah Pengurus Projek untuk AirBnB. Selain itu beliau sendiri mengadakan training dan seminar SEO. Trainingnya adalah antara training yang mendapat rating terbaik di Udemy.
Saya adalah salah seorang pelajar beliau dan hari ini saya ingin kongsikan beberapa teknik penting SEO yang diperturunkan Tommy kepada anak muridnya.
Terdapat 8 elemen yang perlu diberi perhatian dalam usaha meningkatkan ranking SEO sesebuah website. Ada yang telah saya terangkan dalam tulis terdahulu dan ada yang akan saya huraikan di masa akan datang.
Elemen 1: Perkataan
Perkataan yang anda guna pakai dalam menulis SEO sangat penting. Anda bukan sahaja perlu memasukkan kata kunci(keywords) dalam artikel anda, mala perkataan-perkataan lain yang digunakan juga dikira oleh Google. Goole menilai setiap perkataan mengikut konteks yang digunakan. Contohnya:
Ayat 1 (kata kunci: iPhone)
iPhone 6 merupakan alat terbaik di dunia dengan rupa paras yang comel dan cute. Ianya juga satu jenis peralatan yang unik keluaran Apple.
Ayat 2 (kata kunci: iPhone)
iPhone 6 merupakan gajet terbaru keluaran Apple. Reka bentuknya yang nipis, dilengkapi dengan teknologi terbaru menjadikan telefon pintar ini pilihan ramai.
Jika anda bandingkan Ayat 1 dan Ayat 2, anda akan dapati ayat 2 lebih profesional dan relevan dalam deskripsi iPhone. Maka kata kunci dalam Ayat 2 lebih relevan dan bernilai.
Elemen 2: Tajuk
Tajuk atau Title Tag sememangnya sangat mustahak sama ada untuk SEO atau untuk pengguna. Tajuk yang tidak berkualiti bukan sahaja menyebabkan audiens tidak mahu klik tetapi Google juga tidak mahu ambil peduli. Tapi jangan pula terlalu bergantung kepada tajuk, ini kerana Google menilai tajuk dengan dibandingkan dengan kandungan artikel itu. Rujuk elemen 1.
Elemen 3: Links/Pautan
Perkara ini ada saya jelaskan dengan terperinci dalam artikel Startegi Internal Linking dan External Linking. Link sangat berguna pada Google dalam menentukan kredibiliti dan autoriti sesebuah website. Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk mencipta external link kerana biasanya ianya akan datang sendiri sekiranya anda menghasilkan kandungan yang mantap dan berguna.
Elemen 4: Perkataan yang digunakan dalam Link
Penah tak anda baca sesebuah artikel dan dihujungnya ada perkataan ‘..click for more’ atau ‘klik untuk baca selanjutnya’? Percaya atau tidak, elemen ini juga diambil kira dalam SEO. Secara mudahnya anda tidak mahu perkataan dalam link itu bersifat streotaip seperti contoh yang saya berikan. Tetapi anda mahukan perkataan yang mengandungi kata kunci.
Link = wanyusof.com
Contoh penggunaan perkataan daam link yang TIDAK digalakkan:
Dalam halaman ini, saya berkongsi tentang bla bla… (link wanyusof.com dimasukkan dalam perkataan ini)
Contoh penggunaan perkataan daam link yang Digalakkan:
Dalam halaman wanyusof.com, saya berkongsi tentang bla bla… (link wanyusof.com dizahirkan dalam perkataan)
Elemen 5: Beritahu Google
Jika anda mengemaskini website anda, maka anda mesti memberitahu Google. Ramai orang membiarkan website dia begitu sahaja. Bukan sebab dia mahu, tetapi sebab dia tidak tahu. Sebagai contoh, baru-baru ini website saya mengalami masalah. Disebabkan saya sentiasa berkomunikasi dengan Google, maka Google segera memberitahu saya yang dia mengalami masalah untuk akses website saya. Jadi segera saya memperbetulkan masalah berkenaan. Tajuk ini akan saya kupas dengan lebih mendalam dalam tulisan yang akan datang.
Elemen 6: Reputasi Domain Penting
Ini adalah sesuatu yang sedikit diluar keupayaan kita. Setiap domain mempunyai nilai yang tersendiri. Dan nilai ini dikira berdasarkan banyak faktor. Antaranya adalah tempoh domain itu didaftarkan, jenis domain yang digunakan dan sebagainya. Domain .gov adalah antara domain yang mempunyai reputasi yang tinggi kerana domain ini melibatkan institusi kerajaan. Malah untuk mendaftarkan domain ini, anda perlu mempamerkan bukti atau sijil yang khusus. Jika anda masih lagi buntu untuk memliih domain, pilih sahaja .com. Walaupun nilainya tidak setinggi .gov, domain ini adalah yang paling banyak digunakan di dunia.
Elemen 7: Peranan Media Sosial
Soalan berkenaan kewajaran media sosial terhadap SEO pernah ditanya kepada Matt Cutts tetapi macam biasa, jawapan yang diberikan adalah samar-samar. Namun berdasarkan apa yang saya perhatikan dan praktikkan, media sosial memberikan kesan terhadap SEO anda. Jadi anda perlu mula membina strategi media sosial bersepadu. Paling tidak anda perlu aktif di Facebook atau Twitter ataupun Instagram.
Elemen 8: Jauhi Website Tidak Berkualiti
Anda strategi yang cukup terkenal suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai ‘Link Submission’. Apabila anda menghantar link website anda ke halaman ini, maka halaman ini akan mencipta link website anda ke ratusan website yang anda sendiri tidak tahu apakah website itu. Lebih malang lagi, kebanyakkan link itu dicipta di website spam! Jadi Google terus mengenakan penalti jika didapati anda menggunakan teknik ini. Tidak ada kompromi.
Demikian 8 elemen penting SEO yang ditekankan oleh Tommy. Jika anda berminat untuk mendalami lagi SEO secara percuma, masukkan email anda di ruangan newsletter dan kita akan berhubung menerusi email.
Leave a Reply