Topik SEO adalah topik yang sangat luas. Malah kita akan bertemu dengan variasi yang pelbagai dari sudut silibus. Dalam tulisan ini kita akan cuba memahami 4 topik besar dalam SEO. Kebiasannya, mereka yang mengajar kursus SEO akan memecahkan empat elemen SEO ini kepada topik-topik kecil.
Elemen SEO #1 – Asas SEO
Dalam topik ini, fokusnya adalah memahamkan kita kepada apa itu anatomi SEO dan bagaimana enjin pencari berfungsi. Kelebihan memahami topik ini adalah menjadikan kita semakin minat dan tahu bagaimana memanipulasi enjin pencari. Topik ini lebih berunsurkan teori. Kita akan membiasakan diri dengan istilah-istilah SEO seperti crawling, indexing, relevancy, authority dan banyak lagi.
Elemen SEO #2 – On-Page SEO
Ini adalah topik yang MESTI dikuasai sepenuhnya oleh kita. Sebabnya on-page SEO adalah teknik SEO yang melibatkan website kita. Semua setting yang dibuat adalah dalam kawalan kita. Kita yang akan menentukan title tag, meta description, internal linking dan struktur website. Topik ini dilihat berat bagi sesetengah pengguna kerana melibatkan aspek teknikal. Namun, kita mesti menguasai topik ini. Paling sedikit pun, kita perlu memahami 4 elemen penting On-Page SEO.
Elemen SEO #3 – Off-Page SEO
Berbeza dengan On-Page SEO, topik ini sedikit sukar bukan kerana aspek teknikal yang terlalu banyak. Tetapi kerana ianya melibatkan orang lain. Contohnya dalam topik External link. Apabila website kita mendapat link yang dicadangkan (referral) oleh website tersohor, maka kita akan mendapat markah yang lebih tinggi. Link itu mesti datang daripada artikel. Bukan daripada iklan. Andai kata kita adalah pemilik website tersohor ittu, maka kerjanya senang. Tetapi andai kita budak baru, ianya bukanlah perkara yang mudah untuk mendapat perhatian daripada abang besar.
Elemen SEO #4 – Teknikal SEO
Dalam banyak-banyak topik SEO ini adalah antara topik yang jarang disentuh. Ianya agak teknikal dan kurang diminati. Teknikal SEO melibatkan polisi Google, redirect page, www vs non wwww, kelajuan page, xml sitemaps, robot dan beberapa sub topik lagi.
Kesimpulannya, dalam blog wanyusof.com, saya akan mengupas satu persatu topik besar dan sub topik untuk manfaat bersama. Apabila anda membaca tulisan saya berkaitan SEO, sila peka pada tarikh ianya ditulis. SEO adalah satu perkara yang dinamik dan bergantung kepada polisi Google. Sekiranya Google menukar polisi mereka, maka teknik juga mungkin bertukar. Anda juga boleh komen di ruangan di bawah untuk sebarang soalan, komen dan cadangan.
Leave a Reply