Sebelum tahun 2013, ada orang yang menipu Google. Mereka buat artikel. Namun artikel tidak berkaitan. Contoh kata kunci sasaran adalah “belajar SEO Malaysia”. Artikel lebih kurang begini:
Pada zaman dahulu ada seekora harimau. Harimau ini tinggal di belajar SEO alaysia. Makan roti canai dan almari itu luas. Belajar SEO Malaysia juga merah, kuning, hijau.
Adakah anda faham petikan artikel itu? Tidak. Artikel mengarut. Namun di dalamnya ada kata kunci sasaran. Artikel sebegini masih boleh dapat nombor 1 di Google. Cuma itu sebelum tahun 2013.
Selepas itu Google perkenalkan Google Hummingbird. Ini adalah proses kemas kini formula Google. Google tidak lagi lagi lihat artikel pada kata kunci semata-mata. Ada satu faktor penting yang diambil kira. Google kini nilai artikel berdasarkan konteks yang diberikan.
Cubataip di Google “kedai makan Kota Bharu”. Anda akan dipaparkan dengan peta beberapa kedai makan.
Sekarang cuba taip “makanan menarik di Kota Bharu”. Kali ini anda akan lihat hasil yang berbeza.
Dalam carian pertama, Google memahami tujuan anda adalah mencari tempat. Perkataan ‘kedai’ merujuk kepada lokasi. Jadi Google tunjukkan peta. Berbeza dengan carian kedua. Pada carian ini, Google mentafsirkan anda ingin baca artikel atau lihat pandangan orang lain.
Kepentingan Konteks Artikel
Apabila kita menulis artikel, fokus bukan sekadar pada kata kunci semata-mata. Kita perlu melihat konteks artikel itu. Secara mudahnya, kita perlu kenal pasti apakah perkataan-perkataan yang sering kali dikaitkan dengan kata kunci berkenaan.
Sebagai contoh, artikel berkaitan “belajar SEO”. Perkataan yang sering ada dalam artikel sebegini adalah istilah-istilah seperti Search Engine Optimization, On-Page, Off-Page, Internal Link, External Link, Page Speed Insights, Mobile Responsive. Jadi andai artikel ini ada perkataan itu, artikel ini dinilai berkualiti.
Lihat satu lagi contoh. Artikel bertajuk “Hotel terbaik di Shah Alam”. Perkataan yang sinonim dengan hotel budget, seksyen 7, bluewave, murah. Jadi sebaiknya kita gunakan perkataan-perkataan ini dalam artikel.
Bagaimana Mengenali Perkataan Sinonim
Bagi tujuan ini, gunakan Google Adwords. Ini adalah tool percuma. Hanya daftar satu akaun Google. Log masuk. Kemudian taip kata kunci. Pilih negara andai perlu. Klik Get Ideas.
Fokus anda adalah pada Ad Group Ideas. Lihat perkataan yang berkaitan dan relevan. Senaraikan dahulu perkataan itu. Seterusnya tulis artikel dan masukkan perkataaan itu.
Cara kedua adalah guna Google Auto Suggestion. Apabila kita taip satu perkataan, kita akan dapati Google berikan cadangan. Ambil perkataan cadangan itu.
Selain itu, kita boleh guna Google Searches Related. Ini adalah senarai perkataan yang terletak di bahagian paling bawah di Google. Kenal pasti perkataan-perkataan yang relevan. Masukkan dalam artikel. Kemudian lihat keajaiban!
faizul
salam boss… nak guna google adwords ni mmg kena isi dulu semua how much to spend, choose audience etc2 tu ke?
Cik Norizam
Salam tuan. Terima Kasih atas perkongsian nya. Saya suka baca artike-artikel tuan.