Baru-baru ini saya lakukan kaji selidik Content Marketing. Dalam kaji selidik ini saya bertanya apakah halangan yang dihadapi. Ramai sangat beritahu tak ada idea nak tulis apa. Mulanya macam banyak idea. Namun apabila buka laptop, idea hilang. Entah ke mana. Akhirnya tak tertulis.
Dalam artikel kali ini, saya mahu berkongsi 20 idea menulis blog. Kesemua idea ini ada di merata-rata tempat. Buka saja website yang sering Tuan dan Cikpuan lawati, kemudian lihat bagaimana artikel itu ditulis. Begini kita dapat belajar banyak perkara.
Baik. Sekarang ayuh mulakan. 20 idea menulis blog.
1. Artikel Bagaimana/How To
Artikel berbentuk tutorial. Berkongsi bagaimana melakukan sesuatu. Artikel dalam kategori ini berpotensi mendapat jumlah share yang tinggi apabila dikongsi. Tulis langkah demi langkah. Lagi terperinci lagi bagus. Salah satu artikel yang sangat diminati di blog ini adalah artikel bagaimana: Cara mendaftarkan bisnes di Google. Alternatif kepada penulisan, gunakan rakaman video.
2. Rumusan Slideshare
Slideshare merupakan satu website dalam kategori user-generated contents. Pengguna slideshare muat naik slide mereka ke platform ini. Pilih topik berkaitan dan lihat slide yang ada. Dari situ kita dapat idea apa mahu ditulis.
3. Wawancara Offline
Aturkan pertemuan dengan tokoh atau orang berpengaruh dalam bidang kita. Temubual dan wawancara. Jawapan-jawapan mereka itu jadikan satu artikel. Artikel jenis ini lazimnya memberi inspirasi kepada pembaca.
4. Wawancara Online
Andai jarak dan kekangan-kekangan tertentu, cuba hubungi secara online. Aturkan pertemuan di dunia maya. Ada juga yang gunakan teknik email. Hantarkan set soalan. Kemudian dijawab oleh tokoh. Seterusnya jawapan itu digabungkan dalam satu tulisan.
5. Analisa Blog/FB
Lihat blog ataupun FB orang berpengaruh. Catatkan perkongsian mereka. Seterusnya lakukan refleksi. Apa yang kita dapat dari perkongsian mereka. Boleh juga lakukan analisa trend, gaya percakapan, cara menulis.
6. Terbitkan Kembali Penulisan
Ini banyak dilakukan oleh blog-blog viral. Mereka cari tulisan di FB yang banyak share. Kemudian minta kebenaran pemilik untuk disiarkan di website. Pemilik setuju. Mereka terbitkan.
7. Dapatan Youtube
Buka youtube. Taip topik berkaitan. Tonton dan buat catatan. Apa yang kita belajar itu boleh dijadikan artikel. Salin embedded code video itu dan kepilkan bersama dalam artikel kita. Lihat artikel 7 Teknik Black Hat SEO ini sebagai contoh mudah.
8. Kes Studi
Artikel kategori ini berbaloi-baloi untuk ditulis. Terutamanya andai kita ada produk. Kes studi dapat meningkatkan reputasi dan kredibiliti penulis. Cuma dapatkan pengesahan dari mereka yang jadi kes studi. Ada yang lebih selesa tidak dinyatakan secara spesifik siapakah mereka.
9. Kajian Sendiri
Kita merakam perjalanan dan dapatan kajian sendiri. Tujuan perkongsian bagi mendidik pembaca. Kajian tak semestinya yang berjaya saja. Boleh saja menulis kajian yang tak menjadi. Asalkan pembaca dan kita sendiri dapat ambil pengajaran.
10. Kuasa Nombor
Ikut Neil Patel, tulisan yang headline ada nombor berpotensi mendapat klik. Artikel jenis nombor senang dicipta. Contohnya 5 Tools Percuma Buat Poster Menarik. Artikel ini mendapat lebih 500 shares. Pilih 5 tools, kemudian letakkan gambar. Pada setiap gambar, berikan sedikit ulasan. Variasi lain adalah seperti 9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Calon Suami, 22 Siri Video Percuma FB Ads.
11. Senarai Semak
Kepilkan artikel ini bersama artikel ‘Bagaimana’. Artikel kategori ini boleh berdiri sendiri juga. Senaraikan apakah senarai semak dalam melakukan sesuatu. Masukkan pendahuluan, masukkan penutup. Ini yang saya lakukan dalam artikel Senarai Semak SEO 2017. Andai mahu wujudkan ‘checkbox’, boleh gunakan plugin.
12. Testimonial
Kumpulkan testimonial pelanggan di satu page. Masukkan gambar pelanggan andainya diberikan. AMARAN! Dilarang mencipta testimonial palsu. Page ini berpotensi mendapat klik yang tinggi. Kewujudan page ini sangat berpengaruh terhadap keputusan pelanggan membeli.
13. Post Terbaik
Kebanyakkan theme wordpress menyediakan fungsi ‘Popular Post’. Ini adalah senarai post yang mendapat bacaan paling ramai di website kita. Kumpulkan 10 post terbaik dan cipta satu artikel. Dalam artikel ini, letakkan rumusan artikel-artikel terbaik itu.
14. Fungsi, Faedah, Manfaat Produk
Andai ada produk, page ini adalah berbaloi-baloi diwujudkan. Ini maklumat yang dicari oleh bakal pelanggan. Kewujudan artikel sebegini membantu meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yang dijual. Lihat bagaimana Tanamerapostnatal.com menyediakan maklumat bagi pengunjung website mereka.
15. Post Trending
Gunakan Google Trends, Youtube Trends bagi mengenal pasti apakah yang menjadi sebutan masyarakat ketika ini. Kemudian tulis liputan berkaitan topik itu.
16. Kuiz
Buzzfeed merupakai otai dalam aplikasi konten sebegini. Kuiz yang menjadi menyebabkan pengunjung kongsi tanpa henti. Sekaligus meningkatkan engagement di website dan media sosial. Kuiz boleh dicipta menggunakan plugin ataupun aplikasi kuiz.
17. Rumusan Produk/Perbandingan
Apabila seseorang mahu beli sesuatu, dia akan mulakan carian di Google. Dia akan lihat apa kata pengguna yang sudah cuba produk itu. Dia akan bandingkan juga dengan produk lain. Jadi apa kata kita ambli langkah ke hadapan. Tulis artikel siap-siap.
18. Cerita Pengalaman
Artikel dalam bentuk cerita merupakan artikel paling hebat. Kuasa viralnya luar biasa. Malah hampir semua isu viral adalah isu yang ditulis dalam bentuk cerita. Cerita hadir dari pengalaman orang lain ataupun pengalaman sendiri.
19. Koleksi Gambar
Letakkan beberapa keping gambar dalam satu page. Tulis sedikit informasi apa yang berlaku. Gambar boleh berkata-kata. Gambar yang betul memukau audien bagi berkongsi rasa.
20. Konten Kurasi
Ini semakin menjadi trend di Malaysia sekarang. Kita baca beberapa sumber. Gabungkan jadi satu artikel. Bukan salin dan tampal. Ini salah. Sebaliknya masukkan buah fikiran kita dalam artikel ini. Ala-ala buat rumusan dan dapatan.
Apa Mahu Buat Sekarang
Sudah ada 20 idea bagaimana mahu mulakan. Jadi langkah seterusnya mulakan penulisan. Ilmu buat harus dibuat baru dapat.
Fokus penulisan pada memandaikan. Bukan tunjuk pandai. Begini artikel kita ada kualiti. Pembaca pun seronok membacanya. Usah asyik menjual. Didik dan didik pembaca. Andai mahu merancang konten, artikel Bagaimana Hasilkan Konten Yang Betul Kepada Audien Yang Betul ini berbaloi-baloi untuk dibaca.
Sebelum saya tamatkan, cuba Tuan dan Cikpuan teka, artikel ini termasuk dalam kategori mana? Boleh komen di bawah. Dan Tuan dan Cikpuan juga boleh berikan cadangan lain idea-idea menulis blog. Sama-sama dapat manfaat. InsyaAllah.
aizat
Menurut saya, artikel ini menggunakan teknik no 10 iaitu kuasa nombor dan 20 konten durasi. betul tuan?
“Fokus penulisan pada memandaikan. Bukan tunjuk pandai”, ayat ni memang power! menusuk kalbu.
Wan Zawawi
Terima aksih berkongsi tips ini
kadang-kadang tu terkena juga sindrom writer block
lisa naem
1. Artikel bagaimana/ how to..
2. Kuasa no
nikkhazami
terbitkan kembali entry ni jarang buat.. terima kasih atas idea bernas
jemput baca: Belajar Buat Blog
Wan Yusof Wan Jeffery
Terima kasih. Backlink =)
jambu batu
rasanya teknik kuasa nombor. 🙂
mrhanafi
artikel ini daalm kategori 1..
tapi memang best…
best giler-giler kata orabg sekarang
thehaikal
Saya rasa saya gune beberapa teknik yang bercampur dalam blog saya.
Dan juga teknik yang berbeza untuk blog yang berbeza..
Kenapa buat macam tu?
Sebenarnya tujuan utama saya adalah untuk dapatkan rentak penulisan sendiri. Bile dah dapat gaya penulisan sendiri..masa tu akan dapat berblog dengan lebih baik dan konsisten..insyaAllah..
Sekadar pendapat..
Suliana yusof
Info yang sangat memberi idea disaat ketandusan idea. Rupanya ada banyak lagi yang boleh diaplikasikan.
Faris IRFAN
Tuan pakai.web hosting apa yer? Sy skrg pening nk ambil hosting yg mne?? Tktau nk mula dari mana buat blog。
happysus sait
Ya saya setuju dengan teknik Number yang digunakan. Click Through Rate dalam algorithm sekarang menjadi semakin penting. Kandungan tidak mula dibaca bermula dari tajuk yang menyelerakan pencari maklumat di Google untuk membaca. Contoh artikel ini. Terimakasih
Faiz Alias
Terbaik perkongsian ni tuan…dah ada idea nk tulis apa 🙂
Neuron Nazeerah
Ya sama semua blogger boleh jadikan idea ini panduan. Terima kasih.