Ramadan 2022 adalah bulan yang cukup gemilang untuk beberapa industri terutamanya industri fesyen. Jualan menunjukkan peningkatan luar biasa berbanding tahun-tahun sebelum ini. Faktor 2 tahun tidak beraya menjadi sebab utama kepada hasil yang luar biasa.
Alhamdulillah gerakan kempen yang kami rancang membawa keputusan yang sangat menarik. Saya catatkan 10 nota penting untuk revisi di masa akan datang.
1. The Duo Formulae
Rancang kempen menerusi dua formula ini. Optimize setiap komponen dan anda akan dapat peningkatan yang eksponential.
2. Existing Members
Tidak rugi untuk anda membelai pembeli sebelum-sebelum ini. Jadikan mereka raving fans dan merekalah yang akan membeli tanpa henti.
3. Job Delegation
Pastikan setiap ahli pasukan jelas tugasan dan tindakan mereka. Seorang PIC mesti memantau perkembangan dan pergerakan setiap ahli pasukan.
4. Tactics Flexibility
Ada saja yang kita rancang tapi tak dapat dilaksanakan. Dan ada juga ada idea yang muncul semasa kempen berjalan. Kita tidak perlu rigid untuk mencuba taktik baru. Selagi mana ianya masih membawa kepada tujuan yang sebenar, lakukan saja.
5. System To Scale Up
Untuk kita melakukan proses scale up dengan cepat, perlu ada satu sistem atau SOP yang jelas. Selagi mana cara atau teknik itu berada dalam kepala seorang ahli tim sahaja, masa proses duplikasi menjadi sukar.
6. Aggressive Ads
Apabila iklan menunjukkan hasil yang sangat bagus, terus scale up. Dalam kempen kali ini, kami mengabaikan terus best practice scale up. Iklan yang ROAS tinggi saya scale up 100%,200% bahkan ada yang sampai 300%. Gunakan rules atau continuous monitoring apabila menggunakan kaedah ini.
7. Backup Your Ads
Pastikan iklan yang dibuat ada backup. Proses backup ini boleh dilakukan menerusi duplication atau print screen. Saya syorkan anda untuk jadikan iklan itu sebagai post terlebih dahulu. Kemudian convert kepada iklan. Ini juga merupakan satu cara untuk backup iklan secara tidak langsung.
8. Situation Awareness
Pada tahun ini kejutan berlaku apabila tarikh hari raya tidak mengikut jadual asal. Kami pada asalnya ingin menjadikan hari terakhir sebagai hari kemuncak, namun perancangan itu terpaksa dibatalkan. Mungkin untuk tahun-tahun yang akan datang, hari kemuncak diadakan 2 hari lebih awal.
9. Easy Payment
Faktor yang meningkatkan kadar konversi berganda-ganda kali ini adalah kewujudan pembayaran secara ansuran. Pengguna memilih kaedah ini untuk membayar produk-produk yang mahal. Untuk pembayaran ansuran yang patuh syariah, saya cadangkan anda pilih atome dan split.
10. Study Your Past
Sebelum mencipta kempen yang baru, lihat balik data-data sebelum ini. Bagaimana hasil jualan, kempen iklan dan sebagainya. Apa jua yang berjaya sebelum ini, cuba ulang kembali. Sekiranya sudah tidak menjadi, tukar kaedah lain. Jangan obses dengan cara baru kalau cara berjaya sebelum ini masih membuahkan hasil.
Leave a Reply