Dalam SEO, kita perlu mengenali beberapa istilah yang akan diguna pakai. Istilah-istilah ini mungkin nampak janggal di permulaannya, tetapi lama-kelamaan akan jadi biasa. Kesemua istilah ini dirangkumkan dalam topik ini yakni anatomi SEO.

Perkataan ‘wan yusof’ itu dikenali sebagai kata kunci. Tempat di mana kata kunci itu diletakkan dipanggil kotak carian. Apabila carian kata kunci ‘wan yusof’ dibuat, Google akan memeriksa data mereka dan seterusnya mengeluarkan keputusan seperti dalam rajah. Keputusan itu dipanggil hasil carian.
Struktur hasil carian kebiasaannya sama. Terutamanya apabila carian itu adalah carian blog. Struktur hasil carian akan berbeza sekiranya kita membuat carian seperti cuaca, suhu dan tiket kapal terbang.
Title Tag
Dalam struktur hasil carian, barisan pertama itu dikenali sebagai Title Tag. Bahasa mudahnya adalah tajuk. Tajuk sangat-sangat penting dalam SEO. Apabila kita ingin mendapat tempat teratas dalam Google, Title Tag mesti mengandungi kata kunci.
Permalinks
Elemen kedua adalah Permalinks. Ianya adalah alamat atau pautan website berkenaan. Elemen ini juga merupakan elemen yang sangat penting dalam SEO. Huraian lanjut tentang apa itu permalinks boleh dibaca di sini. Mesej utama yang perlu difahami setakat ini adalah elemen pertama dan kedua adalah mustahak untuk SEO.
Meta Description
Elemen seterusnya adalah Meta Description. Ini adalah deskripsi kandungan website berkenaan. Secara umumnya, deskripsi ini ditentukan oleh Google. Terutamanya bagi website yang menggunakan servis percuma daripada blogspot atau wordpress. Bagi mereka yang mempunyai website sendiri yang tidak menumpang pada servis percuma, kita boleh memasukkan (install) plug-in yang membenarkan kita menentukan apakah meta description yang akan muncul.
Perkara penting yang perlu diketahui, meta description tidak mempengaruhi ranking SEO tetapi ianya mempengaruhi Click Through Rate (CTR). Maksudnya, apabila pengguna membaca deskripsi kandungan website yang menarik, kebarangkalian dia untuk klik link itu sangat tinggi.
On-Page SEO
Kesemua elemen yang diterangkan ini dikenali adalah sebagaian daripada teknik On-Page SEO. Teknik yang mana pemilik website mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap fungsi SEO ini. Kita boleh ubah dan tentukan apa yang mahu ditunjukkan.
Satu lagi teknik disebut sebagai teknik Off-Page SEO. Ini teknik di luar kawalan. Kita mungkin boleh beri kesan namun secara tidak lansung.
Amalan terbaik dalam proses SEO adalah melakukan kedua-duanya. Mulakan On-Page SEO, diikuti Off-Page SEO. Gabungan teknik ini mempercepatkan website kita muncul di halaman pertama Google. Sebab itu dalam Teknik SEO Sempoi, kesemua elemen ini saya terangkan dengan lebih detail.
Belang Tarung
Fahami susun atur baharu kita tahu nk letak mana keyword huhu..
Sobri Mansor
Banyak yang saya belajar dari topim ini. Terima kasih tuan