Adakah anda mempunyai istilah-istilah SEO yang tidak difahami? Komen di ruangan bawah dan kita akan sama-sama mencari jawapannya. Setiap jawapan akan ditambah di ruangan di bawah. Tujuannya supaya setiap di antara kita boleh memahami istilah SEO dengan lebih mudah.
Crawling
Proses ini juga dikenali sebagai ‘spidering’. Proses ini merujuk kepada aktiviti robot Google masuk ke setiap website dan mengenali data yang ada dalam website berkenaan.
Indexing
Proses di mana robot Google menyimpan data hasil daripada proses ‘Crawling’ tadi. Data ini akan disusun mengikut formula tersendiri.
Processing
Apabila kita membuat carian, robot Google akan menyemak data yang telah melalui proses ‘indexing’ tadi. Seterusnya membandingkan dengan carian yang dibuat. Google akan memaparkan hasil carian yang paling relevan.
Calculating Relevancy
Proses di mana robot Google menentukan hasil carian yang paling relevan untuk dipamerkan.
Retrieving
Proses menunjukkan hasil carian di halaman Google.